Ahad, 12 Julai 2009

LATAR BELAKANG

Latar Belakang Thibbun Nabawi MADINATUL ASRAR

Bismillahirrohmanirrohiim

Latar belakang berdirinya Thibbun Nabawi MADINATUL ASRAR

Untuk menghidupkan sunah nabi dan melaksanakan syi’ar Islam dalam bidang kesihatan dengan landasan Al-qur’an dan hadits nabi.

Visi :

Method pengubatan alhijamah ( bekam ) dan Al Fasdu ( Vanesecsion ) adalah method pengubatan sunnah nabi dan harus kita yakini bahwa method pengubatan yang di anjurkan nabi ini adalah suatu metode pengobatan yang lebih utama dalam menyembuhkan penyakit.

Misi :

Menjadikan bekam sebagai pengubatan utama bagi masyarakat luas dalam mengatasi berbagai penyakit.

Thibbun Nabawi MADINATUL ASRAR didirikan pada tahun 2009 oleh Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D, dimana beliau merasa ini sebagai tanggung jawab moral untuk menjelaskan dan melaksanakan terapi pengubatan alami dan islami bagi masyarakat


Konsep pengubatan ada tiga :

1- Pengubatan konvensional ( kajian manusia )
2- Pengubatan alami ( interaksi manusia dengan alam )
3- Pengubatan Nabi ( datang dari ALLAH SWT )

Rasullullah Manusia yang sempurna dari sisi kesihatan jasmani dan rohani
1- Rasullullah adalah seorang uswatun hasanah dari semua aspek termasuk aspek Kesihatan
2- Rasullullah adalah manusia yang paling sihat dan hanya mengalami sakit 2 kali
3- Rasullullah adalah manusia yang tidak pernah meminum ubat – ubatan sintetik
4- Rasullullah tidak pernah pergi berubat baginda hanya menjalani bekam

Rahsia hidup sihat Rasullullah adalah terletak pada Pola hidup,Pola makan dan Sikap hidup.

Setiap manusia pasti mengalami sakit. Apabila seorang muslim sakit, agar mencari pengubatan kepada orang yang ahli di bidangnya seperti doktor, ahli kesihatan, dan ahli pengubatan pada umumnya.

Sakit itu sendiri sebenarnya datang dari Allah dan Dia pulalah yang menurunkan ubatnya. Nabi bersabda :

ﻣﺎ ﺃﻨﺰﻝ ﺍﷲ ﻤﻦ ﺩﺍء اﻻ ﺃﻨﺰﻝ ﻠﻪ ﺷﻔﺎء

“Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali menurunkan pula kesembuhan terhadap penyakit tersebut”.

Kerana itu setiap jenis penyakit pasti ada ubatnya yang dapat menyembuhkan atas izin Allah.

Catatan :

1- Pengobatan yang salah sering terjadi di Rumah Sakit dan klinik di Amerika Syarikat.
2- Berdasarkan kajian Nasional Academy of Science, setiap tahun sedikitnya 1,5 juta orang menjadi korban.
3- Dari jumlah tersebut 7.000 kes berakhir pada kematian.
Angka sebenarnya boleh jadi lebih tinggi, menurut laporan Institut of Medicine.

Keragaman dan cara pengubatan dalam mendapatkan kesembuhan semakin berkembang seiring dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi. Akan tetapi masih banyak kesalahan dalam mendiagnosa suatu penyakit dan kesalahan dalam melakukan kaedah pengubatan. Sehingga membuat pesakit mengalami trauma kerana merasa dirinya menjadi bahan eksperimen.

Sesungguhnya sebahagian orang ada yang menekuni cara pengubatan klasik, ada juga yang menekuni cara moden, dan ada juga dengan menggabungkan keduannya seperti metode Al-hijamah ( bekam ). Tapi ternyata cara bekam ini masih belum mendapat tempat di sebahagian kalangan untuk menyembuhkan penyakit yang di derita. Padahal method ini tidak ada kesan sampingannya dan praktikalnya dengan menggunakan wahyu penyembuhan dari perkataan seorang Nabi dan Rosul.

Seandainya setiap cara pengubatan, baik klasik mahupun moden dengan segala manfaatnya di kaitkan dengan cara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Sholollohu Alahi Wasalam, pasti akan mendatangkan kesembuhan yang paling efektif.

Pengubatan yang dilakukan oleh Nabi , iaitu :

1- Alamiah iaitu dengan ubat-ubatan alami seperti Habbatussauda, bawang putih, Madu,buah tiin, zaitun, gandum dan kurma.
2- Ilahiyah iaitu dengan menggunakan zikir, do’a dan ruqyah.
3- ( Al hijamah ) Bekam dan ( alfashdu ) Venasection metode pengobatan fizik yang dianjurkan oleh Rasullullah dan para malaikat.
4- Kombinasi dari Alamiah, Ilahiyah dan fizik.

Ertinya adalah dalam melakukan pengubatan untuk mendapatkan kesembuhan dengan cara diatas tidak ada kesan sampingan negatif, tidak merosak organ tubuh yang lainnya, didasarkan ilmu dan wahyu, dibaringi dengan sabar, do’a dan tawakal kepada Allah Yang Maha Menyembuhkan.

Akhirnya, marilah kita kembali kepada aturan-aturan yang Allah dan Rasul-Nya perintahkan, agar apa yang kita lakukan ada campur tangan-Nya serta do’a dan barokah dari Nabi kita Muhammad Sholollohu ‘Alaihi Wasalam, agar penyakit yang kita derita Allah berikan kesembuhan dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan bekas. Amiiiiin.....!

Hal ini dapat kita simpulkan :

1- Islam sangat memperhatikan masalah kebersihan, kesucian dan fitrah, yang pada akhirnya mengarah kepada kesihatan jasmani dan rohani sehingga akan terhindar dari suatu penyakit baik yang bersifat zahir mahupun bathin.
2- Al-qur’an dan As-sunah yang shahih memberikan sejumlah tuntunan kepada orang yang beriman tentang kesihatan dan cara-cara kesembuhan suatu penyakit dengan cara Alamiah,Ilmiah dan Ilahiyah.
3- Hati dan jantung adalah suatu yang sentral dalam kehidupan manusia lahir dan
bathin. Bila hati atau jantung sihat, maka sihatlah seluruh tubuh,
namun bila hati dan jantung sakit, maka sakitlah seluruh tubuh.
4- Sihat dan sakit merupakan ujian dari Allah untuk menguji keimanan seseorang
kepada-Nya.
5- Sabar, berdo’a dan optimis dalam merawat/ menyembuhkan suatu penyakit akan
menghapus kesalahan-kesalahan dan menambah daya tahan tubuh dalam menempuh
kehidupan.

Demikian uraian diatas disyi’arkan kepada masyarakat luas, dan kita sebagai umat muslim agar lebih mengenal dan mencontohi Rasullullah dalam berbagai aspek, termasuk cara hidup sihat dan mengatasi penyakit.

Tak kenal maka tak sayang, tak sayang maka tak cinta, ungkapan ini menggambarkan method bekam di kalangan umat muslim sendiri, bekam tidak begitu popular, bagaimana mungkin kalau kita sendiri tidak menjadikan bekam dan ubat-ubatan alami yang di anjurkan oleh baginda ini sebagai pengubatan utama, tapi masih kita kelompokkan sebagai pengubatan alternatif bukan sebagai yang utama atau bahkan cuma cuba-cuba saja (mudah-mudahan sembuh) tanpa keyakinan yang kuat akan method yang dianjurkan Nabi ini.

Oleh kerana itu mari, kita sebagai umat muslim , kita hidupkan sunah nabi ini, dan kita jadikan method pengubatan dan ubat-ubat yang dianjurkan oleh Baginda Rasullullah ini sebagai method pengubatan utama bagi semua kalangan agar kita mendapatkan jalan untuk mendapatkan kesembuhan, dan yang terutama ridho dari Allah, dan seboleh mungkin kita tinggalkan ubatan kimia yang bahannya diragukan atau bahkan tidak halal dengan alasan terpaksa menggunakannya, padahal Allah telah memberikan jalan kepada kita melalui Rasul-Nya.

PENGENALAN

PENGENALAN

PENGENALAN